Friday, January 30, 2009

makan tuan?

teks nih aku amik..bkn aku tulis..

Oleh Wan Hamidi


Isu wakil rakyat melompat parti agak melucukan bagi penonton politik, menggembirakan bagi parti yang menerima anggota baru itu dan amat memilukan bagi parti yang ditinggalkan wakil berkenaan.

Penonton politik sering melihat drama di mana jika yang melompat itu dari parti A, maka parti itu akan bising dengan soal maruah, kesetiaan dan pengkhianatan terhadap mandat rakyat. Malah mahu digubal undang-undang anti lompat. Sebaliknya, parti B yang menerima wakil rakyat melompat itu menganggapnya sebagai hak dan kebebasan dalam amalan demokrasi.

Suatu ketika dahulu, yang menentang undang-undang anti-lompat adalah Umno dan Barisan Nasional. Kini yang menjadi juara anti-lompat adalah Umno dan BN, khususnya selepas pilihan raya umum Mac 8 tahun lalu kerana ada ura-ura beberapa Ahli Parlimen BN mahu menyeberang ke sebelah Pakatan Rakyat.

Tetapi adakah mereka ini jujur mahu menjamin dan mempertahankan mandat rakyat?

Sedangkan 25 tahun lalu sudah ada usaha serius untuk melaksanakan undang-undang anti-lompat. Malah ada kerajaan negeri yang telah pun meluluskan rang undang-undang anti-lompat hampir suku abad yang lalu.

Parti Bersatu Sabah pimpinan Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan telah berjaya menewaskan Berjaya yang menerajui BN Sabah dalam pilihan raya negeri pada April 1985 dengan memenangi 25 daripada 48 kerusi yang dipertandingkan. Namun gangguan dan demonstrasi jalanan dari penyokong BN menyebabkan Pairin terpaksa mengadakan pilihan raya negeri sekali lagi pada Mei 1986.

Kali ini PBS menang besar di 34 daripada 48 kerusi yang dipertandingkan. PBS kemudian menyertai BN tetapi sepanjang tempoh penyertaannya, ramai pemimpin kanannya merasakan mereka dianaktirikan oleh pucuk pimpinan di Kuala Lumpur.

Dalam pilihan raya umum 1990, PBS membuat keputusan mengejut apabila ia keluar dari BN sewaktu kempen pilihan raya. Parti itu kekal memerintah Sabah tetapi keputusannya untuk meninggalkan BN membuka ruang bagi Umno untuk masuk ke Sabah.

Bermulalah politik tawar-menawar dan cubaan membeli Ahli Dewan Undangan Negeri PBS dalam usaha menjatuhkan kerajaan negeri pimpinan Pairin. Menyedari keadaan itu, kerajaan negeri Sabah memperkenalkan undang-undang anti-lompat tetapi telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 1992.

Pada 19 Februari 1994, pilihan raya negeri Sabah diadakan lagi, dan walaupun BN berkempen dengan rasuah pembangunan dan taburan wang yang hebat, PBS terus diberi mandat oleh rakyat Malaysia di Sabah apabila ia memang tipis dengan 25 kerusi berbanding BN 23.

Apa yang berlaku selepas keputusan diumumkan adalah satu sejarah baru dalam politik negara pada masa itu. Pairin terpaksa menunggu di luar pagar Yang Dipertua Negeri selama tiga hari siang dan malam semata-mata untuk mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri.

Dua minggu selepas melantik kabinet negeri, beberapa Adun PBS mendakwa mereka ditawarkan berjuta-juta ringgit untuk melompat menyertai BN. Pada 12 Mac pemimpin PBS Datuk Lajim Ukin, Rubin Balang dan Datuk Zaini Isa, salah seorang dari Adun dilantik (selain 25 Adun yang menang pilihana raya, perlembagaan negeri membenarkan enam Adun dilantik oleh parti yang menang) mengumumkan keluar parti.

Sewaktu kekecohan itu, Kementerian Dalam Negeri mencatatkan rekod kepantasan tugas dengan meluluskan permohonan beberapa parti politik dalam masa beberapa hari sahaja untuk membolehkan mereka menjadi parti kepada Adun-Adun yang melompat dari PBS.

Pada 17 Mac 1994, Pairin secara gentleman telah menyerahkan surat perletakan jawatan sebagai Ketua Menteri kepada Yang Dipertua Negeri setelah hampir70 peratus barisan Adunnya melompat parti.

Dari 25 kerusi yang dimenangi serta enam Adun dilantik, iaitu 31 kesemuanya, PBS hanya tinggal lima Adun. Dengan itu, tidak sampai sebulan setelah memenangi pilihan raya negeri secara sah, PBS kehilangan kuasa apabila Umno dan BN berjaya membeli hampir kesemua Adun-Adun berkenaan.

Bekas Adun-Adun PBS itu pula telah berpecah kepada lima parti negeri di mana keadaan itu membolehkan Umno menguasai majoriti kerusi dalam DUN Sabah dengan memegang 22 kerusi.

Namun ia tidak mematahkan semangat PBS apabila mencuba nasib sekali lagi dalam pilihan raya negeri pada Mac 1999. Walaupun ia tewas kepada BN, kerusi yang diperolehinya meningkat semula kepada 17 manakala Umno juga menambah lagi kekuatan kepada 24 kerusi. Parti-parti komponen BN lain semakin mengecut kekuatan mereka.

Dalam pada itu berlaku lagi lompat parti dari PBS ke Umno. Ini menyebabkan PBS tiada pilihan lain kecuali memohon untuk menyertai semula BN pada 2002.

Apa yang ingin diperingatkan di sini adalah sewaktu episod lompat pada Mac 1994 dan kemudiannya berulang selepas Mac 1999 adalah pendirian pemimpin-pemimpin kanan Umno dan BN di Kuala Lumpur. Rata-ratanya mereka menghalalkan lompatan dari parti lain untuk menyertai mereka atas dasar kebebasan wakil rakyat membuat pilihan sendiri.

Kini fenomena lompat ini kembali menghantui Umno dan BN. Selepas kebimbangan Ahli-Ahli Parlimen BN melompat parti selepas Mac 8 tahun lalu dikendurkan berikutan tiada apa-apa yang berlaku pada tarikh 16 September sebagaimana yang diramalkan oleh Ketua Pembangkang Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini ketakutan sekali lagi melanda kepimpinan BN.

Keputusan Adun BN Datuk Nasarudin Hashim yang mewakili Umno di kawasan Bota, Perak telah menimbulkan pelbagai spekulasi berhubung kemungkinan beberapa Adun lain yang akan mengikut jejak langkahnya.

Buat pada masa tumpuan diberikan di Perak. Namun ada juga khabar-khabar angin mengenai Adun-Adun di beberapa negeri lain yang mula berminat untuk berpindah parti.

Sama ada mereka mahu meninggalkan Umno dan BN kerana masalah dalaman parti sendiri atau kerana yakin dengan perjuangan Pakatan Rakyat, ia bukan lagi soal perundangan kerana Malaysia memang tidak mempunyai undang-undang anti-lompat.

Malah, wakil rakyat masih dicengkam undang-undang yang melarang mereka bertanding semula dalam tempoh lima tahun jika mengosongkan kerusi.

Keadaan ini memaksa mana-mana wakil rakyat yang ingin berpindah parti terus melompat sahaja kerana sebarang usaha untuk menguji kekuatan dalam pilihan raya kecil dilarang oleh undang-undang. Yang membawakan undang-undang itu adalah Umno dan BN juga.

Bagi Umno dan BN sekarang, mungkin ini agaknya maksud pepatah Melayu 'keris makan tuan'.

dulu2 org bn beli..skang org bn kuar..still lompat gak.hurmm...ade gak, mase adun2 DAP lompat masok MCA kat melaka ngan n9 dulu, bn kate ini utk kepentingan rakyat, tapi bile adun Bota lari, abis dikutuk mengkhianati pengundi..

malaysia betol ar..huhuhu

Thursday, January 29, 2009

politik?

salam..

cerita adun bota melompat parti agak menarik dalam sehari dua nih..aku dapat tau sbb tgk buletin utama, masa tu kat tganu sbb tunggu abah tak sampai2 and kitorang tgh ready2 nk bawak yop nikah..apa2 pon ramai mempersoalkan kemana sebenarnye hala tuju adun..membantu rakyat atau personal issue..

bagi aku cerita nih picisan kot..maybe sbb aku tak amik kisah sgt senario politik msia..konsepnya pemikiran aku ttg politik msia adalah ada 2 parti jek..BN dan PR..so?kenape perlu pilih?

cerita nih dari pru 1999 lagik..konsepnya pengundi skang nih dah tak lagi melihat parti mana yang memerintah..tapi pengundi tu sendiri tau siapa yang sanggup membantu diorang..aku rase kisah adun bota, dato nasaruddin hashim 'melompat' parti, bukanlah niat asal die membantu pihak pr menjadi kerajaan..masalahnye kat msia nih, ade 2 pilihan..BN and PR..if kite ade parti buruh ke demokrat ke byk parti2 lain, kite pon tatau mane satu die akan masok..if die masok parti felcra maybe berita nih tak sehebat mane..bila die as adun Bn, tak mendapat apa2 menjadi anak tiri, ape lagik pilihan yg ade?jadik calon BEBAS?hurm..ntah ar..

teringat mase PRU ari tuh, kuar satu jurnal tulisan wartawan bebas menyatakan, kenapa rakyat malaysia tidak perlu keluar mengundi..aku agak setuju..

ade orang berniat 'aku tanak malaysia jatuh ke tangan bukan melayu'..ade pulak yg ' tadi die bagi aku rm50..kene undi'..ade jugak yang 'ehh..sape calon kerajaan kawasan aku nih..tak kenal pon..bleh ke tolong?'..

isu pemilihan ketua bahagian umno perak, setakat yg aku bace online paper,blog2 kerajaan dan pembangkang, ade 3 lagik mp yang tak puas ati sbb diarahkan supaya tidak bertanding..mm..aku taktau mmg wujud cara begitu dalam memilih ketua..ketua yg akan membantu kerajaan..ketua yang mewakili rakyat yang mengundi, yang menjadi ahli umno..ahmad fakeh-sg sipot turut menyatakan tak puas ati sbb diarahkan tidak bertanding..macam mane ar org mcm nasaruddin tu tak dibenarkan bertanding ek..aku rase profail die agak menarik dan paling tinggi setahu aku ar, as pengerusi felcra(skang dah bekas dah..)..entah ar..tapi ramai jugak org2 parit terutama kawasan adun bota dan adun tanjung blanja yang mempertikaikan kenape nasaruddin nih dilucutkan jawatan dari menjadi ahli parlimen kepada adun?sekiranya die menjadi ahli parlimen, die bleh menjaga 2 kawasan adun tapi kini terhad..and aku rase sepanjang die jadi ahli parlimen, semuanya berjalan lancar..and yang betol2 aku tak pueh ati apasal ustaz tu jadik ahli parlimen parit???apakah sbb die ustaz??adehh..orang perak..

ikot korang ar..nih personal punye pemikiran..maybe tak cukop lagik ilmu aku kene tambahkan lagik sblum buat cerita pasal politik malaysia..

hurmm..

selamat berbahagia



selamat pengantin baru utk abang aku, hafidzi hamdan yg tlah menjawab soalan akad wali yang berseru 'aku nikah akan dikau dengan faten..' pada malam 25hb jan 2009..semoga bahgia..

Monday, January 19, 2009

19 januari 2009

salam..

smlm punyer citer..smlm sabtu..tgk bola man utd vs bolton..bolton mmg sumer orang tau..defensive and long ball passing..tadek pape pon..kalo mane2 team serang pon, sumer player dlm kwsn sdiri..mmg susah ar nk masok..cuma, aku rase nak main long ball, diorang kene ade sumone macam anelka b4 die masok chelski..sbb sampai je bola kat atas bila counter, striker sampah..makukukukuku ape tah name striker diorang..tak leh main ar longball..susah..dapek pulak si kevin davies backup dier..payah ar bai..

cakap lagikk pasal bola..mm..malas ar..aku nk cakap pasal midval..smlm gak ade career fair kat midval..cess career fair..aku igt ade gig ke..leh gak merase..kat mlk aram tadek geng nk melawat gig..waloppun budak2 underground pon da ramai naek mainstream, aku rase underground scene masih tetap jadik taruhan budak2 muda mudi zaman skang..tak sumer org nk lyn ziana zain,pejal tahir or even m nasir..pendengar musik untuk telinga masing2..untuk jiwa masing2...and MUH mng ajl tadi??hurm..satu lagi cara tv3 tanak bagi nmpk bias sgt sbb aku rase diorang nak menangkan si pejal tahir nih..menurut forum yg aku slalu singgah, dah terkuar keputusan ajl lebih awal dari org dlm sendiri yg FT akan mng juara lagu..aku rase result kali nih cuma tanak nampak sangat..FT da dapat 3 award kot tadik, nk jadik mcm mawi ar plak..kesiann aku ngan org yg bawak dari china tuh, sampah riben2 je dapat, org yg nari ramai2 si aiman???sape tuh??entah..aku pon mengikuti gak perkembangan musik malaysia cuma tak penah dgr name dier..well..citer da tamat..apa lagi mau ungkit..

kehidupan personal aku agak mencabar semenjak dua menjak nih..maybe influence terlalu byk..maybe dari bersembang2 dengann budak2 umah or budak2 blkg umah or aweks2 kedai makan kat worldwide tuh or akak jual kedai runcit kat opis aku or orang2 tua mcm boss aku yg da kawen beranak satu masing2..hurmm..atau ade sesuatu pasal masa lampau buat aku terpaksa berhati2 dalam melangkah sama ada utk aku diri sendiri ataupon orang lain..hurmm..cuma aku takot jika esok aku masih tatau ape akan berlaku..ade org cakap jalan teros, jgn pandang belakang tapi blakang harus dipandang supaya esok lebih bermakna utk sumer orang..and sori utk member aku sbb tak angkat tepon hahaha..mls aku nk angkat tepon tadik, ngantok ar 2 3 ari nih tido tahpehape..nnti ar esok2 lepak barra..

tadi mamu ngan hadi datang, melepak kat tesko mnum2(aku je mkn hahaha..da kul 4 kot mase tuh tetibe teringat blom mkn lagik..)..gi tesko padi kuarkan duit bayau utang pastu aku kene blanje mkn..serupe ngan tak bayar utang..cess..gi tesko melepak makan ngan padi ngan bull..pastuh mamu ngan hadi datang, sembang..pastu gi sacc mall jalan2 tadek keje ngan padi n bull, terjumpe plak budak comey ryehanna berjalan2 dengan mizi..hahaha saje aku tulis kasik saham jatuh..secara tiba2 padi ngumpat dari blkang.."
gemok betol.." aku diam jek ana..tatau2..padi yg cakap..alamak terlebih sudah..cakap pasal terlebih sudah, tadi aku layan ajl..lepak dpn tv sambil tunggu2..tadek pape ar sangat..stended ar artis malaya wat show..cuma aku mmg ske psembahan pejal tahir time sampai syurga..cuma..aku rase..if die dok situ berdiri mcm patung tak gerak2 lagik cun..aku rase cam tak patot die gerak2 tangan sumer..and pegi amik gitar??nak wat pe?hurmm..

end utk ari nih..suddenly aku teringat kat mak aku..cepat ar jumaat..nak balek kampong nehh...

Friday, January 16, 2009

Sumbangan Cerdik Pandai Yahudi Kepada Dunia.

Benda nih aku jumpe mase googling pasal israel bodo nih..

Di dunia ini terdapat hanya 14 juta orang Yahudi; 7 juta di Amerika, 5 juta di Asia, 2 juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Nisbah orang Yahudi kepada orang Islam adalah 1 kepada 100. Walau bagaimanapun, mereka 100 kali lebih berkuasa daripada umat Islam keseluruhannya (1.4 billion). Pernah kita tanya kenapa?

Jesus Christ adalah Yahudi. Albert Einstein, saintis paling berpengaruh dan Majalah TIME “Person of the Century” adalah Yahudi. Sigmund Freud (id, ego, superego), bapa psikoanalisis adalah Yahudi. Begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Disenaraikan di sini Yahudi yang menyumbang keintelektualan mereka dalam memajukan dunia.

1. Benjamin Rubin memperkenalkan suntikan vaksin.

2. Jonas Salk mencipta vaksin folio yang pertama.

3. Albert Sabin menambahbaik vaksin polio.

4. Gertrude Elion memberi kita dadah untuk melawan leukemia.

5. Baruch Blumberg mengembangkan vaksin untuk Hepatitis B.

6. Paul Ehrlich menemui rawatan siplis (penyakit kelamin).

7. Elie Metchnikoff memenangi Hadiah Nobel (penyakit berjangkit).

8. Bernard Katzwon memenangi Hadiah Nobel (pemindahan neuromuscular).

9. Andrew Schally memenangi Hadiah Nobel (endokrinologi-kecelaruan sistem endokrin, kencing manis, hyperthydoidism)

10. Aaron Beck menemui terapi kognitif (psikoterapi untuk merawat kecelaruan mental, kemurungan dan fobia).

11. Gregory Pincus mengembangkan pil contraceptive mulut.

12. George Wald memenangi Hadiah Nobel kerana mampu menambah pengetahuan manusia tentang mata.

13. Stanley Cohen memenangi Hadiah Nobel dalam kajian embrio (kajian tentang janin dan perkembangannya).

14. Willem Kolff memperkenalkan mesin dialysis buah pinggang.

Selepas 105 tahun, Yahudi telah menggondol 15-dozen Hadiah Nobel dan hanya 3 dimenangi oleh umat Islam.

Mengapa mengapa sangat hebat?

Stanley Mezor mencipta cip micro-prosesan pertama. Leo Szilard mengembangkan reactor nuclear pertaman, Peter Schultz, talian gentian optik; Charles Adler, lampu isyarat; Benno Strauss, keluli tahan karat; Isador Kisee, filem bersuara; Emile Berliner, telefon mikrofon; Charles Ginsburg, pita perakam video.

Pemilik perniagaan bertaraf dunia dimiliki orang berfahaman Yahudi termasuk Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's) , Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskins & Robbins) and Bill Rosenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, Presiden Yale University, adalah Yahudi. Juga Henry Kissinger (setiausaha negeri, American), Alan Greenspan (Fed chairman di bawah Reagan, Bush, Clinton and Bush), Joseph Lieberman, Madeleine Albright (setiausaha negeri, American), Casper Weinberger (setiausaha pertahanan American), Maxim Litvinov (Menteri Luar USSR), David Marshal (Ketua Menteri pertama Singapore), Issac Isaacs (governor-general Australia ), Benjamin Disraeli (British statesman and author), Yevgeny Primakov (PM Rusia), Barry Goldwater, Jorge Sampaio (President Portugal), John Deutsch (Pengarah CIA), Herb Gray (TPM Canada), Pierre Mendes (PM Perancis), Michael Howard (British home secretary), Bruno Kreisky (canselor Austria) and Robert Rubin (Setiausaha Kewangan American).

Di media, antara Yahudi yang terkenal adalah Wolf Blitzer (CNN), Barbara Walters (ABC News), Eugene Meyer (Washington Post), Henry Grunwald (editor-in-chief Time), Katherine Graham (penerbit The Washington Post), Joseph Lelyyeld (Editor Ekesekutif The New York Times), dan Max Frankel (New York Times).

Boleh anda namakan dermawan yang ada dalam sejarah dunia? Dia adalah George Soros, Yahudi, yang menyumbang sejumlah $4 billion yang sebahagian besarnya diagihkan kepada saintis and universiti di seluruh dunia. Selepas George Soros adalah Walter Annenberg, seorang lagi Yahudi, yang membina ratusan perpustakaan dengan nilai $2 billion.

Olympik, Mark Spitz mencipta rekod dengan memenangi tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg tiga kali meraih pingat emas di Olympik. Mereka adalah Yahudi.

Tahukah anda Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Crystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Goldie Hawn, Cary Grant, William Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk adalah Yahudi?

Kenyataannya Hollywood diasaskan oleh Yahudi. Dikalangan pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1/2/3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One flew over the Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The thief of Baghdad ) dan Ivan Reitman (Ghostbusters) adalah Yahudi.

William James Sidis, IQ of 250-300, adalah manusia terbijak. Cuba teka fahamannya, sudah tentu Yahudi. Mengapa Yahudi sangat hebat? Jawapannya adalah pendidikan!

Mengapa Muslim Tidak Hebat?

Dianggarkan ada 1,476,233,470 umat Islam; 1 billion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan 6 juta di America. Setiap daripada 5 orang, seorang adalah muslim; seorang hindu nisbahnya 2 Muslim, seorang Buddha nisbahnya 2 Muslim dan seorang Yahudi nisbahnya 100 Muslim. Pernahkah anda terfikir mengapa muslim tidak hebat?

Ini adalah sebabnya: terdapat 57 negara yang mengangotai Organisation of Islamic Conference (OIC), dan jika dikumpulkan di bawah mereka terdapat 500 universiti; 1 universiti untuk setiap 3 juta Muslim. United States mempunyai 5,758 universiti dan India mempunyai 8,407. Pada tahun 2004, Universiti Shanghai Jiao Tong menyenaraikan 'Academic Ranking of World Universities', dan malangnya, tidak satu pun universiti dari majoritinya muslim berada dalam kelompok 500 terbaik.

Mwngikut data yang diperolehi daripada UNDP, kadar celik huruf negara kristian hampir 90% and 15% negara kristian celik huruf 100%. Berbeza dengan negara Islam yang purata celik huruf hanya 40% tiada yang 100% celik huruf. 98% rakyat negara kristian tamat sekolah rendah (40% ke university) sementara kurang daripada 50% rakyat negara Islam tamat sekolah rendah (2% ke university).

Negara Islam mempunyai 230 saintis daripada 1 juta Muslim. US mempunyai 4,000 saintis per sejuta and Jepun mempunyai 5,000 per sejuta. Di rantau Arab, jumlah penyelidik sepenuh masa adalah 35,000 and hanya 50 juruteknik per sejuta orang Arab (di negara kristian mereka ada sehingga 1,000 juruteknik persejuta). Tambahan lagi, negara Islam memperuntukkan 0.2% daripada GDP untuk penyelidikan dan pembangunan, sementara negara kristian memperuntukkan 5% daripada GDP mereka.

Kesimpulan: Umat Islam kurang berkemampuan untuk menghasilkan pengetahuan.

Penunjuk sesebuah negara mengamalkan budaya ilmu ada dua; akhbar harian per 1,000 orang dan jumlah judul buku per sejuta orang. Di Pakistan, terdapat 23 akhbar harian per 1,000 orang sementara di Singapora 360 per 1,000 orang. Jumlah judul buku untuk setiap sejuta orang; di UK 2,000 sementara di Mesir hanya 20.

Kesimpulan: Umat Islam gagal menyebarkan membudayakan.

Penunjuk lain untuk aplikasi ilmu adalah peratus ekspot produk teknologi tinggi daripada jumlah keseluruhan ekspot. Pakistan 1%; Arab Saudi 0.3%; Kuwait, Morocco dan Algeria 0.3%; sementara Singapura 58%.

Kesimpulan: Umat Islam gagal untuk aplikasi ilmu yang ada.

Mengapa Umat Islam Tidak Hebat? Kerana tidak/gagal menghasilkan pengetahuan.

Mengapa Umat Islam Tidak Hebat? Kerana tidak/gagal menyebarkan ilmu.

Mengapa Umat Islam Tidak Hebat? Kerana tidak/gagal aplikasi ilmu yang ada.

Masa depan milik masyarakat yang mementingkan ilmu.

Menariknya, jumlah keseluruhan GDP 57 negara OIC kurang $2 trillion; Amerika $12 trillion; China $8 trillion; Japan $3.8 trillion dan Jerman $2.4 trillion.

Negara yang kaya dengan minyak seperti Arab Saudi, UAE, Kuwait Qatar secara terkumpul menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai $500 billion, Sepanyol $1 trillion, Poland $489 billion dan Thailand $545 billion.

Jadi, mengapa umat Islam tidak hebat? Jawapannya kurang pengetahuan.


Wallahualam.

*tagged by ryehanna


1. Anda rasa anda hot?

tak..gile hape..

2. Upload gambar kegemaran anda.


3. Kenapa anda suka gambar ini?

sebab menang champions league vs chelsea yg digembargemburkan sangat terer...hahahhaha

4. Bila kali terakhir anda makan pizza?

mm...mggu lepas kat midvalley..

5. Lagu terakhir yang anda dengar.

lagu...Statik - Cherita Kita

6. Apa yang sedang anda buat selain daripada selesaikan tag ini?

Design Web..tgk design..berlajar..
7. Selain nama anda sendiri, apakah lagi nama yang anda suka orang panggil anda?

majinn..

8. Tag lagi 5 orang (tak bleh tag orang yang sama tau)

pernah ke aku tag2 orang..ni first tag aku buat..

aku tag semi ar..

oi semi ko buat jek..jgn byk bunyik..




Friday, January 09, 2009

oh broadband


aku agak kepanasan katanasan nih..brader opis gua jual modem die kat aku..e22 huawei tuh..tapi apsal kat umah aku gagal melayari internet dengan jaye nye?bile kuar signal umts die takleh men internet???apasal kuar lampu ijau baru bleh main??apasal lampu ijau tak kuar slalu????

iskk..sape2 ade explaination?brader nih ckp die pakai celcom yg 68 inggit tuh..tapi takkan la takleh pakai langsung internet??ke aku yg maseh bengong dengan arena broadband nih???coverage hsdpa mmg ar jauh sket tp takkan 3g takleh nk masyuk line..

iskk..

Monday, January 05, 2009

akhirnya

aku tak dulik..

aku mengabadikan biodata seorang awek kat sini...hahahah


Name: Sharifah Nor Azean binti Syed Mahadzir Al-Yahya
Nickname: Scha Al-Yahya
Age: 24
D.O.B: 30th May 1983
P.O.B: Sungai Petani, Kedah
Height: 5′7
Weight: 50 kg
Profession: Wealth Advisor (Still under training)
TVC: Hotlink, Nokia, Olay
Movies: Antoofighter, Histeria, Papadom
Drama: Impian Illyana, Sadiq & Co., Honeyz, Bella
Fav Music: Dance music
Fav. Drink: Watermelon Juice
Fav. Color: White
Fav. Artist: Vanidah Imran, Afdlin Shauki, Johnny Depp, Julia Roberts
Fav. Place: Club Med
Idol: Tun Mahathir
Bad Habit: Think too much
Good Quality: Funny at times
Best Experienced: Won Dewi Remaja Title (2005/06)
Friendster:http://profiles.friendster.com/azeanalyahya
Myspace:http://www.myspace.com/scha_alyahya

scha..scha..camne sebot ek..