Wednesday, February 25, 2009

beting beras basah?-tok temong

salam

tentang kesultanan perak nih..ade beberapa nama yang diulang sebut dalam apa yg aku baca..aku stat ngan Tok Temong.

cerita 1.

Mengikut buku sejarah 'Hulu Perak Dalam Sejarah' dan 'Sejarah Perak', tiada beberapa lama selepas Tun Saban meninggalkan Kampar (Sumatra) untuk kembali ke Tanah Melayu, beliau telah berhijrah ke Beredong Budi di Hulu Petani, kemudian berpindah pula ke Belum di Hulu Perak di mana beliau telah membuka sebuah kampung bernama Relap Reli. Tun Saban menjadi ketua di Belum dan seterusnya mangangkat seorang daripada adik perempuan beliau yang bernama Tun Perabu menjadi Ketua di tempat bernama Temong dan beliau dikenali dengan gelaran Tok Temong.

Ketika Tun Saban sampai di Perak, negeri ini belum beraja lagi. Kebanyakan penduduk-penduduknya terdiri daripada pedagang-pedagang dari Melaka, Selangor, Siak, Kampar dan Jambi. Di antara penduduk-penduduk ini ada seorang perempuan bernama Tok Masuka yang berasal dari Daik yang memelihara seorang bangsa Temusai bernama Nakhoda Kassim. Apabila Tok Masuka kembali ke rahmatullah, beliau berwasiat dan meminta tempat beliau digantikan dengan seorang Raja yang barasal dari anak cucu Sang Sapurba supaya zuriat Raja-raja yang turun dari Bukit Si-Gantung tiada terputus di Tanah Melayu. Tun Saban dan Nakhoda Kassim pun berangkat ke Kampar mengadap Sultan Mahmud Shah memohon supaya seorang putera Baginda menjadi Sultan Perak.

Sultan Mahmud Shah telah meminta puteranya yang bernama Raja Mudzaffar menjadi Sultan Perak dan pada tahun 1528. Baginda telah ditabalkan menjadi Sultan Perak yang pertama. Semasa pertabalan, Tok Temong telah membawa persembahan sejenis tangkal azimat bernama MASTIKA EMBUN. MASTIKA EMBUN ini telah dijadikan salah satu Alat Kebesaran di-Raja Perak dan diguna dalam Istiadat Pertabalan di-Raja Perak.

Tok Temong telah datang menghadiri Istiadat Pertabalan Sultan Mudzaffar Shah dengan Tun Saban. Sebagai membalas persembahan Tok Temong, Sultan telah mengurniakan sebuah Puan bujur (bekas sireh) kepada Tok Temong, tetapi telah dikembalikan oleh Tok Temong. Tok Temong hanya berkehendakkan satu ikrar (janji) daripada Sultan, iaitu Baginda serta anak cucu Baginda hendaklah memerintah di sebelah kanan mudik Sungai Perak dan Tok Temong serta anak cucu beliau memerintah di sebelah kiri mundik Sungai Perak.

Dari itu didapati kota-kota Istana dan makam Sultan-sultan Perak di zaman dahulu terletak di sebelah kanan mudik Sungai Perak sehingga pemerintahan Almarhum Sultan Idris Murshidul 'adzam Shah yang mula-mula membuat kota Istana dan makan di sebelah kiri mudik Sungai Perak.

Tok Temong telah meninggal dunia di Kampung Temong dan dimakamkan di Temong. Makamnya digelar Keramat Tok Temong dan diziarahi oleh tiap-tiap Sultan Perak selepas Baginda ditabalkan.

Makamnya terletak di kampung Temong Ulu, Mukim Chegar Galah di daerah Kuala Kangsar, iaitu kira-kira 11 km ke utara, di antara Jalan Kota Lama ke Kati, berhampiran Jambatan Iskandar.

cerita 2.

Di Negeri Perak sebelum tahun 1520, ada dua orang Mubaligh Islam adik beradik yang datangnya daripada Mekah. Kedua Mubaligh Islam yang tersebut itu yang tua nya bernama Syed Ali dan yang muda nya bernama Syed Abdul Manaf. Maka kedua Mubaligh yang ulung itu telah mengIslamkan ramai orang-orang Melayu Perak pada ketika itu dan kedua Mubaligh tersebut terkenal dengan nama Keramat Mata Kucing dan Keramat Mata Sabun.

Di Negeri Perak pada masa yang tersebut, Raja nya belum bergelar Sultan, hanya dengan nama HALUAN. Maka Haluan Negeri Perak pada masa itu bernama Tok Masuka dan orang-orang besarnya diantaranya bernama Tun Saban, Nakhoda Kassim, Puteri Darah Putih anak Penghulu Semang, Hulu-Perak. Didalam pemerintahan Haluan Paduka Tok Masuka pada masa itu maka mulalah ramai orang Melayu Perak menukarkan ugama mereka daripada Hindu dan ugama Buddha kepada Ugama Islam. Dengan adanya Ugama Islam yang baru muncul itu maka banyaklah adat-adat istiadat yang terkenal dengan nama Adat Istiadat Gangga Nagara diubah satu demi satu, daripada upacara acara Hindu kepada acara mengikut syariat Islam. Dengan campur tangan kedua Keramat Mubaligh Islam Arab itu berkenaan dengan masyarakat Melayu Perak yang dinamakan Adat Istiadat Melayu Perak. Ini telah secara tidak langsung menjadikan Tun Saban, pembesar Perak ketika itu tidak senang hati.

Pada suatu hari,, Tun Saban telah memberi perintah supaya kedua Keramat Mubaligh Islam itu dibunuh. Seorang puteranya yang bernama Tun Kelewang menyahut perintah tersebut. Maka Tun Kelewang pun mengambil senjatanya dan turun menuju ketempat dua Keramat Islam itu, maka tujuan nya ialah untuk menamatkan riwayat kedua Keramat Mubaligh Islam yang tersebut. Mana-mana rakyat yang tahu akan peristiwa yang bakal berlaku tersebut menunggu-nunggu akan peristiwa ngeri itu berlaku.

Didalam perjalanan Tun Kelewang di tengah jalan, dengan tak semena mena berbunyilah halalintar membelah bumi dengan kuatnya, didalam kilat menyabung itu Tun Kelewang pun terkena petir dan gugurlah kebumi lalu mati lah ia disitu juga. Maka petir itulah senjata yang didatangkan Allah swt bagi membunuh musuh kepada kedua Keramat itu. Dengan kematian Tun Kelewang yang diluar jangkaan dan dugaan, semenjak itu orang-orang Perak baharulah mengatakan dua Mubaligh Islam itu Keramat.

Satelah mati Haluan Tok Paduka Masuka Perak didalam lingkungan tahun 1525, maka kedua Kerabat iitulah yang memberitahu kepada Tun Saban, supaya, iaitu :-

1. Nama gelaran HALUAN digantikan dengan nama gelaran SULTAN.

2. Kerana Tok Masuka tidak mempunyai zuriat anak lelaki, maka Sultan pertama Negeri Perak hendaklah diambil Raja Muzzaffar Shah, iaitu putera kepada Sultan Mahmud Shah, Kampar (Sumatera), bekas Sultan Melaka yang akhir, ditabalkan menjadi Sultan Perak yang pertama dan ulung.

Tun Saban mahu tidak mahu terpaksa menurut kata sebagaimana yang dikehendaki oleh kedua Mubaligh Islamm itu, terpaksalah dilaksanakan juga. Pada tahun berikutnya berlakulah peristiwa Pertabalan Kesultanan Negeri Perak dan nama Haluan Negara (Gangga Negara) ditukarkan kepada nama Negeri Perak. Raja Muzzaffar Shah telah ditabalkan sebagai Sultan Perak yang Pertama dengan gelaran Paduka Seri Sultan Muzzaffar Shah 1.

Daripada ajaran Islam kedua Mubaligh Islam itu maka ada lima Orang Besar Perak menjadi alim didalam Ilmu Ketuhanan. Maka empat yang menjadi Keramat dan seorang menjadi Rijaibul'Ghaib, maka Orang Besar yang menjadi Keramat itu ialah :-

1. Nakhoda Kassim, yang terkenal dengan nama Keramat Beting Beras Basah.

2. Isteri Nakhoda Kassim yang bernama Puteri Darah Putih anak Penghulu Semang.

3. Anak angkat Nakhoda Kassim yang dikenali dengan nama Tok Pelandok.

4. Isteri Tok Pelandok, anak nagkat Puteri Darah Putih, terkenal dengan nama Keramat Tok Temong.

Tun Sabah yang dahulunya memusuhi kedua Keramat Arab yang tersebut, akhirnya menjadi sahabat karib Keramat Mata Sabun dan Keramat Mata Kucing. Walau bagaimana berlaku perbelahan dan persengkataan dengan Sultan Perak ketika itu dan Tun Saban telah di bunuh oleh Megat Terawis atas perintah Sultan. Namun ada orang yang mengatakan Tun Saban tidak mati malah beliau telah ghaib menjadi Rijaibul'Ghaib.

Bermula daripada tahun era berikutnya Negeri Perak telah di perintah oleh Sultan mengikut salahsilah Undang-Undang 99 Negeri Perak. Sahingga kini Negeri Perak telah diperintah oleh 34 orang Sultan......

dalam cerita di atas ade kemusykilan tentang Tok Temong yang aku bace..

kalo ikot cerita 1, Tok Temong adalah Tun Perabu, adek ppuan Tun Saban yang menjadi ketua di Belum. Tun Perabu dilantik oleh Tun Saban untuk menjadi ketua di kawasan Temong, di Perak..
ikot cerita 2, Tun Saban, Nakhoda Kassim, Puteri Darah Putih adalah orang2 besar yang turut berada semasa pemerintahan Haluan Perak ketika itu, Tok Masuka..Haluan adalah nama yang digunakan merujuk kepada ketua pemerintah pada masa itu yang akhirnya ditukar kepada SULTAN..terjadi peristiwa dimana Tun Kelewang yang diperintah supaya menamatkan riwayat 2 orang mubaligh Islam, telah terkorban dipanah petir semasa dlm perjalanannye..rakyat menyatakan bahawa mubaligh2 Islam itu adalah keramat, dan sebelom meninggalnya Tok Masuka, mubaligh2 ini berpesan agar nama HALUAN ditukar kepada SULTAN..Daripada ajaran Islam kedua Mubaligh Islam itu maka ada lima Orang Besar Perak menjadi alim didalam Ilmu Ketuhanan. Maka empat yang menjadi Keramat dan seorang menjadi Rijaibul'Ghaib, maka Orang Besar yang menjadi Keramat itu ialah :-

1. Nakhoda Kassim, yang terkenal dengan nama Keramat Beting Beras Basah.

2. Isteri Nakhoda Kassim yang bernama Puteri Darah Putih anak Penghulu Semang.

3. Anak angkat Nakhoda Kassim yang dikenali dengan nama Tok Pelandok.

4. Isteri Tok Pelandok, anak nagkat Puteri Darah Putih, terkenal dengan nama Keramat Tok Temong.

dari mana asal Tok Temong sebenarnya masih was2..cuma yang penting adalah nama2 yang disebut sudah pasti wujud, jika tidak takkan timbul cerita2 yang mengaitkan nama2 ini..

Tuesday, February 24, 2009

beting beras basah?

aku rase ramai yg tak tau pasal beting beras basah...or aku sorg je ke tatau?huhuhu..aku tau pon si padi cerita..tah camne tah die dgr org2 tua sembang kot..

ade sikit cerita hasil aku google..

cerita 1.

Sejarah Kesultanan Perak bermula pada awal abad ke 15 iaitu pada tahun 1528 dimana Sultan Perak yang pertama, Paduka Seri Sultan Muzzaffar Shah I telah ditabalkan di Beting Beras Basah, di kuala Sungai Perak berhampiran pekan Bagan Datoh. Sebelumnya, dua pembesar Perak iaitu Tun Saban dan Nakhoda Kassim telah menghadap Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka yang bersemayam di Kampar untuk memperkenankan seorang puteranya untuk dijadikan Sultan Perak. Baginda telah memperkenan permintaan tersebut dan mengarahkan putera keduanya iaitu Raja Muzaffar Shah ke Perak.

Sewaktu Bahtera baginda menghampiri di kuala Sungai Perak dan sampai ke kawasan Beting Beras Basah, bahtera baginda telah dipukul ombak yang besar dan terdampar secara tiba-tiba diatas satu beting ditengah lautan tersebut. Baginda telah mengarahkan supaya dibuangkan ke laut barang-barang yang berat, namun laut tetap bergelora. Lalu baginda pun berseru :

"Sekongkong Tanah Minangkabau
Selilit Pulau Perca
Di lengkong ular Saktimuna
Perpisahan Beta di selat Melaka
Jika Sah Beta Raja berdaulat
Lepaslah sekalian malapetaka"

Antara Alat Kebesaran Negeri Perak yang dibawa bersama-sama Sultan Muzaffar Shah I dari Negeri Melaka

Sultan Muzzaffar lantas mengambil mahkota baginda dan buangkannya kedalam laut. Secara tiba-tiba laut yang bergelora itu tenang kembali seperti biasa. Bahtera baginda dapar belayar semula seperti sediakala.

Serentak dengan itu, Tun Saban dan pengikutnya melaungkan "DAULAT TUANKU" dan baginda Sultan Muzzaffar Shah pun ditabalkan sebagai Sultan Perak yang pertama di Beting Beras Basah.

Disebabkan peristiwa tersebut, baginda telah mengambil keputusan untuk mendarat di Beting Beras Basah dan di
tabalkan sebelum meneruskan pelayaran baginda.

cerita 2.

TABAL JIN adalah merupakan suatu istiadat turun temurun bagi Salahsilah Kesultanan Perak. Cuma di Negeri Perak ini sahaja yang ada istiadat TABAL JIN didalam Tanah Melayu ini. Negeri Perak merupakan salah satu negeri yang tertua dirantau ini dan Sultan yang memerintah biasanya didampingi oleh JIN-JIN Islam. Disini lah kita akan melihat kedaulatan seseorang Sultan itu dimana baginda akan di NOBATKAN dahulu sewaktu hari pertabalan baginda. Istiadat Tabal Jin ini biasanya dilakukan pada sebelah senja/malam dan diterangi hanya oleh dian (lilin) sahaja.

Istiadat TABAL JIN dimulakan dengan paluan NOBAT DIRAJA pada sabelah senja sehari selepas Istiadat TABAL ADAT disempurnakan. Istiadat ini dilakukan pada waktu malam.

Selepas Jejawat Berlembing dan Jejawat Berpayung Ubur serta Jejawat Perempuan, memegang kaki dian dan Bentara Perempuan membawa Perkakas Istiadat Merenjis mengambil tempat masing-masing didalam Balairong Seri didahului oleh Panglima Dalam dan diapit oleh Panglima Perang Kanan dan Panglima Perang Kiri, dan dibelakang nya Pawang DiRaja menatang akan PEDANG CURA SIMANJA KINI, bersama Toh Seri Nara DiRaja menatang PONTOH BERNAGA dan PONTOH ULAR LIDI diatas talam berlapikkan kain kuning dan diikuti olih Sida-Sida. Biduanda-Biduanda menatang PERKAKAS KERAJAN masuk ke Balairong Seri dan diletakkan kesemua diatas meja yang disediakan di iringi dengan paluan NOBAT.

Selepas itu Pawang DiRaja dengan menatang PEDANG CURA SIMANJA KINI dan Toh Seri Nara DiRaja menatang PONTOH BERNAGA dan PONTOH ULAR LIDI keluar dari Balairong Seri didahului oleh Panglima-Panglima masuk ke Kamar Persenangan lalu mempersembahkan kepada Kebawah Duli Paduka Seri Sultan. Baginda kemudian diiringi berangkat ke Balairong Seri dengan iringan paluan NOBAT 'Raja Berangkat'.

Apabila sampai di Singgahsana, Baginda Sultan akan bersemayam diatas 'Chior Keemasan' yang disediakan dihadapan Singgahsana. Kemudian Pawang DiRaja mengadap dan mempersembahkan PEDANG CURA SIMANJA KINI kepada Baginda Sultan yang akan meriba Pedang tersebut. Selepas itu PERKAKAS KERAJAN dibawa mengadap oleh Sida-Sida dan Biduanda-Biduanda kehadapan Baginda Sultan. Kemudian dikuti pula oleh Bentara Toh Ratna Senari dan Bentara Toh Ratna Wati masuk mengadap membawa PERKAKAS ISTIADAT MERENJIS dan dikuti pula oleh Toh Setia Guna (Ketua Nobat) bersama Ahli-Ahli Nobat DiRaja masuk ke Balairong Seri memohon limpah perkenan Baginda untuk meletak PERKAKAS NOBAT DIRAJA ditempat yang telah disediakan. Kemudian 'Istiadat Memulih' PERKAKAS KERAJAN dan PERKAKAS NOBAT DIRAJA dijalankan dan juga 'Merenjis Tepung Tawar'. Satelah selesai bacaan Doa Selamat disempurnakan oleh Sahibul Mufti Kerajaan Negeri Perak.

Satelah selesai upacara 'Memulih Perkakas Kerajan dan Merenjis Tepung Tawar', diikuti pula dengan 'Istiadat Bersiram Tabal' (Mandi Sampat) dimulakan di PANCA PERSADA. Baginda Sultan dan isteri akan berangkat dari Pintu Besar Istana. Pawang DiRaja memulakan 'Istiadat Mengelilingi Balai Panca Persada' sebanyak tujuh kali dan dibantu oleh Bomoh dan Pawang Tempatan dan Bentara-Bentara yang membawa 'Perkakas Merenjis'. Sepanjang keberangkatan Baginda NOBAT dipalu sehingga Baginda bersemayam diatas 'Perterakna Seri Panca Persada'.
Semua Putera dan Puteri baginda akan mengambil tempat di belakang Perterakna serta diringi oleh Y.Bhg.Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar DiRaja, Y.Bhg. Orang Kaya-Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar DiRaja dan Y.Bhg.Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan. Istiadat 'Merenjis Tepung Tawar' disempurnakan diikuti dengan bacaan Doa Selamat oleh Sahibul Samahan Mufti Kerajaan Negeri Perak.

Selepas itu 'Upacara Bersiram Tabal' (Mandi Sampat) pula dimulakan oleh Pawang DiRaja sendiri dari awal hingga akhir keatas Perkakas Istiadat Bersiram Tabal. Kain putih direntangkan dan daun nyiur muda bentuk jari lipan ditaruhkan keatas kain putih yang diregang dan dipegang oleh Toh-Toh Puan ditiap-tiap penjuru. Istiadat Bersiram Tabal dimulakan dengan mengambil sebatil GELUK berisi Air Datu dan dicurahkan keatas kain putih sehingga habis Enam Belas Batil GELUK yang berisi air. NOBAT dipalukan sepanjang Istiadat Bersiram Tabal. Satelah selesai Istiadat Bersiram Tabal, Baginda berdua akan menyalin pakaian dan berangkat turun dari Seri Panca Persada berselimut dengan 'Kain Benang Emas Kekuningan', dan diarak balik ke ISTANA.

Satelah menukar kepada Pakaian Kebesaran DiRaja, DYMM Paduka Seri Sultan Perak akan berangkat masuk ke BALAIRONG SERI (NOBAT dipalu) dan bersemayam diatas PETERAKNA SINGGAHSANA. Pawang DiRaja melulakan 'Istiadat Merenjis Air Panca Bicara' keatas PERKAKAS KERAJAN yang sedia ada terletak diatas meja dihadapan Singgahsana, 'Merenjis Tepung Tawar' ketasa Baginda Sultan dan diikuti dengan meletakkan 'BUNGA PENCAWA PENCARA' ditelinga Baginda

Pada waktu istiadat ini NOBAT DIRAJA akan memainkan lagu diantara empat hingga sembilan lagu. Toh Setia Guna (Ketua Nobat) akan memerhatikan gerak geri Paduka Seri Sultan ketika paluan NOBAT dipalukan. Dari sini, kedaulatan seseorang Sultan itu akan dapat diketahui. Mengikut adat, sekiranya Baginda dapat bertahan lama diatas Singgahsana (iaitu dapat bertahan sehingga tujuh lagu keatas dipalukan oleh NOBAT) ini menunjukkan pertabalan Baginda telah direstui oleh JIN-JIN KERAJAN dan Baginda akan memerintah Negeri Perak ini lama atau pun panjang umur. Akan tetapi sekiranya Baginda hanya dapat bertahan empat atau lima lagu sahaja...petandanya umur Baginda mungkin pendek. Toh Setia Guna akan memberi isyarat kepada Ahli Nobat supaya memberhentikan paluan NOBAT apabila melihat Baginda Sultan dalam keadaan 'resah gelisah' diatas Peterakna Singgahsana.

Sewaktu NOBAT dipalukan, PEDANG CURA SIMANJA KINI akan 'bergerak-gerak' dengan sendirinya (dimana seakan-akan hendak keluar dari sarungnya). Ini menunjukkan JIN KERAJAN berserta dalam ISTIADAT TABAL JIN ini dan merestui pertabalan Baginda. Istiadat TABAL JIN selamat disempurnakan selepas upacara 'SANTAPAN NASI BERASTANOKA' dijalankan dengan bacaan doa selamat.

(Peringatan : Ada pun upacara 'Istiadat Tabal Jin' ini hendaklah disempurnakan mengikut Adat Istiadat Pertabalan yang asalnya....ia itu mengikut cara yang dilakukan dari turun temurun tanpa menukarkan ciri-ciri adat yang asal.... barulah sempurna dan dapat di ketahui sama ada direstui oleh JIN KERAJAN Perak yang akan mendampingi Baginda. Kalau tidak Istiadat Upacara tersebut hanya lah merupakan suatu Istiadat Biasa sahaja.... tiada berkerajan..

ade ramai berkata..cerita2 tentang jin, kerajaan daulat dan sebagainya cuma sekadar utk menaikkan martabat seseorang, dlm kisah ini adalah raja or sultan..

cuma aku rase..tak salah..sbb diorang adalah raja..dan mmg perlu dinaikkan martabat selaku seseorang yang berkemampuan tinggi..dan dari dulu lagik mmg raja yg berkuasa..same gak mcm si tanggang, mungkin kite leh berfikir yang sebenarnye mengajak kite supaya tak menderhaka pada mak korang..atau cerita hang tuah dan jebat, masing2 ada fikiran dan bertekak menegakkan sape yg betol dan sape yang salah, tuah yang setia pada sultan?atau jebat yang pentingkan setiakawan?atau bendahara yang menderhaka kerana tak bunuh tuah?atau sultan yang terburu2?atau menteri2 yang mulot longkang?

tentang beting beras basah, aku terbaca tentang peristiwa dimana waktu pertabalan sultan azlan shah, beting itu dikatakan tidak timbul kerana darah raja yang mengalir dalam tubuh baginda sultan tidak begitu kuat rajanya berbanding ketika pertabalan sultan idris..

mitos, lagenda, sejarah semua tertulis dan ditulis supaya masyarakat lebih menghormati antara satu sama lain.

uhh...

ngantok..nk sambung stadi sejarah neh..

Thursday, February 19, 2009

training joomla!




start dari isnin arituh, aku folo under ArtChannel utk satu training joomla kat jkns, seksyen 9, shah alam..peserta2 unit it jkns huhuhu..instructor training adalah kawan ayuss, bro izad..aku just tolong tacap2 jek..takkan gua nk kasik training..gua praktikal kot..huhuhu..

so skang aku sudah kembali ke opis..

aku adalah rakyat negeri perak..perak yang satu masa dulu lebih femes dengan lembah kinta selaku pengeluar dan tempat lombong bijih timah rantau ini..mana mungkin nama lembah kinta tercatat dalam buku2 sejarah dan geografi jika tidak atas tiket bijih timah..bijih timah adalah...errr..timah..bukan makcik timah yg jual goreng pisang kat depan pos ofis mahupon yang menjual kopok lekor kat tepi tasik sungai perak di kuala kangsar..bijih timah adalah bahan asas yang sangat penting dalam menjadikan kehidupan manusia maju dari zaman ke zaman...penemuan timah dan sumber2 asli yang lainnye di malaysia membuktikan bahawa negara kite sangat dipenuhi oleh alam semulajadi yang penting..pelombong2 yang menjadikan yap ah loy selaku role model semakin giat melombong dengan harapan dapat mengabadikan nama dalam sejarah pembentukan kerajaan lembah kinta...sungguh pon ipoh hanya menjadi ibu negeri selepas pendudukan jepon di tanah malaya, kredibiliti ipoh pada masa itu amat ketara..dengan kewujudan sungai kinta merentasi bandaraya ipoh, tidak dapat disangkal lagi ipoh akan membangun bersama2 dengan kemajuan malaysia...

aku tidak dilahirkan di ipoh..aku tidak dibesarkan di ipoh..aku cume ade kawan baek kat kg temiang, ipoh..apakan daye, iman tak dapat diwarisi oleh bapak yang sempurna..perjalanan die agak sesat dengan godaan dan pujok rayu wanita2 nusantara..wahh terlebih sudahh...aku disekolahkan di ipoh..or maybe spesifik di kg manjoi...aku fly mlm merentasi sungai pon utk ke ipoh kdg2..ipoh adalah tempat yg nescaya aku takkan sesat jalan..malam2 ipoh adalah sangat bebas dan dipenuhi aweks2 yang berkeliaran..ipoh parade adalah destinasi utama seandainya niat dalam diri adalah utk mencari aweks2 skolah dan pelajar2 yang kekurangan kasih sayang ibu bapa atau abg angkat nye...parade juga adalah tempat dimana bekas2 pelajar skolah yang jarang pulang ke kampong utk bertemu semula dengan aweks2 yang ditinggalkan mereka dulu...

ipoh..ehh..aku da lambat..gerak dulu..

me.stress?


segala definisi maksod dan huraian aku amik dari sini

Apa Itu Stress?

Dr. Hans Selye, pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan telah mendefinisikannya sebagai “suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya.” (Dr. David B. Posen (Lifestyle Counselor and Psychotherapist) ; Stress) ‘Bebanan’ ini boleh wujud di dalam bentuk ancaman, cabaran ataupun apa-apa perubahan di dalam hidup seseorang yang memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya. Ada tekanan perasaan yang baik lagi positif dan ianya dinamakan sebagai “eustress” dan ada pula yang buruk lagi negatif dan ia dinamakan sebagai “distress.” Tekanan yang positif amat kita perlukan di dalam hidup kita untuk menjadikan kita lebih berhati-hati, terangsang, kreatif dan lebih memberikan tumpuan dan perhatian kepada apa yang sedang kita lakukan. Sebenarnya banyak penemuan dan ciptaan oleh saintis-saintis telah berlaku di saat mereka tertekan dengan masalah-masalah tertentu. Contohnya, ketika Alexander Graham Bell sedang berusaha untuk membantu tunangnya, Mable Hubbard, yang telah hilang pendengarannya, beliau telah berjaya mencipta telefon yang telah meledakkan sistem telekomunikasi pada hari ini. (Stephen C. Phillips, The Ten Laws Of Success)

Apakah Yang Berlaku Ketika Stress?

Ketika stress, badan kita akan mengeluarkan satu hormon rangsangan yang bernama ‘adrenaline’ kedalam saluran darah kita. Hormon ini bersama-sama dengan beberapa hormon yang lain akan menyebabkan beberapa perubahan berlaku di dalam tubuh kita sebagai persiapan untuk melindungi kita. Di antara perubahan-perubahan itu ialah denyutan jantung bertambah laju dan tekanan darah akan meningkat (untuk mengepam lebihan darah kepada otak, otot dan jantung); gula, lemak dan kolesterol di dalam darah akan bertambah (untuk memberi lebihan tenaga kepada badan); pernafasan seseorang akan lebih laju (untuk menyalurkan lebihan oksigen yang diperlukan) dan begitulah seterusnya. Perubahan-perubahan ini berlaku secara tabii selari dengan keperluan tubuh kita ketika itu. Walaubagaimanapun, jika stress atau tekanan berpanjangan di dalam hidup kita dan kita pula tidak bijak untuk mengurusnya, ia akan bertukar menjadi ‘distress’ yang boleh menyebabkan penyakit-penyakit tertentu menimpa kita.

Apakah Tanda-Tanda / Gejala Umum Stress ?

Manifestasinya adalah berbagai-bagai dan ia boleh dikategorikan kepada empat bahagian :

Fizikal : Keletihan, pening kepala, susah tidur, sakit-sakit badan terutamanya di kawasan bahu dan belakang, degupan jantung yang kuat, sakit dada, meloya, ketar badan, sejuk tangan dan berpeluh.

Mental : Hilang tumpuan, mudah lupa, susah untuk membuat keputusan, tidak boleh berfikir, celaru pemikiran dan tidak boleh berjenaka.

Emosi : Risau, sentiasa bimbang, sugul, marah, mudah kecewa, sentiasa takut, sensitif, mudah hilang sabar dan panas baran.

Perangai : Keluh-kesah, lahir tabiat seperti menggigit kuku dan menggedik-gedikkan kaki, makan yang berlebihan, merokok, minum arak, menjerit-jerit, maki hamun, mengungkit-ungkit dan menyalahkan orang lain serta bertindak agresif.


Masalah Kesihatan Dan Penyakit-penyakit Yang Berpunca Dari Stress

Sakit jantung dan angin ahmar (stroke). Stress akan menambahkan asid lemak (fatty acids) di dalam darah dan bahan-bahan ini akhirnya akan bertukar menjadi lemak asli dan kolesterol yang akan menutupi saluran pembuluh darah. Stress juga akan meninggikan tekanan darah di samping memudahkan proses pembekuan darah. Semua ini merupakan perubahan-perubahan yang boleh menyebabkan serangan sakit jantung dan angin ahmar berlaku. (Health Education Associates, 1996; Stress and Heart Disease)

Insomnia atau susah tidur. Stress boleh menyebabkan masalah susah tidur dan susah tidur boleh menyebabkan stress, satu pusingan yang amat membinasakan. Di Amerika saja, jumlah mereka yang diserangi masalah ini menghampiri jumlah 36 hingga ke-62 juta orang. (Jeff Davidson, 1977; The Complete Idiot’s Guide To Managing Stress)

Kencing manis. Kesugulan dan tekanan hasil dari stress akan menambahkan kadar gula di dalam darah dan ini boleh membawa kepada penyakit kencing manis atau menerukkan keadaan pesakit yang telahpun mengidapnya. (Carol E. Watkins; Northern County Psychiatric Associates; 1998)

Gastrik dan ulser. Penyakit-penyakit pada sistem penghadaman seperti gastrik dan ulser juga mudah berlaku keatas seorang yang mengidap stress disebabkan oleh peningkatan pengeluaran asid ketika diserangi stress, terutamanya, jika ia menyebabkan kemurungan dan kemarahan yang bersangatan. (Ballieux, R.E., 1984; Breakdown in human adaptation to stress)

Infeksi atau jangkitan kuman. Tekanan atau stress juga akan menyebabkan pengeluaran bahan-bahan ‘catecholamines’ seperti ‘epinephrine’ dan ‘norepinephrine’ ke dalam darah. Bahan-bahan ini berperanan melemahkan sistem pertahanan badan dan ini sekaligus akan memudahkan kuman-kuman untuk menyerang dan menyebabkan penyakit-penyakit. (Stress and the Immune System by Hannah Koenker, 1994) Kajian juga telah menunjukkan bahawa keadaan stress akan meningkatkan peratus kemungkinan seseorang itu dijangkiti kuman di sekitar 74 ke-90% dan dijangkiti virus selsema di sekitar 27 ke-47%. Stress juga akan memudahkan virus yang tidak aktif menjadi aktif semula. (Brosschot, J.F., Benschop, R.J., Godaert, G.L.R., Olff, M., De Smet, M., Heijnen, C.J., Ballieux, R.E., 1994; Influence of life stress on immunological reactivity to mild psychological stress: Psychosomatic Medicine)

Asthma. Ketika menghadapi stress, pesakit yang mengidap lelah akan mudah diserangi oleh penyakit ini disebabkan oleh sistem pertahanan badan yang menurun ketika itu, yang akan memudahkan reaksi-reaksi tertentu berlaku di dalam darah yang akhirnya menyebabkan lelah. (Elliott G.R., Eisdorfer C., 1982; Stress and Human Health)

Di samping itu, kajian telah menunjukkan bahawa stress juga adalah penyebab kepada beberapa penyakit yang lain seperti darah tinggi, sakit sendi (rheumatoid athritis), cirit-birit dan sakit usus (irritable bowel syndrome and ulcerative colitis), mandul dan alahan kulit. (Dr. Maria A. Smith, UTC School of Nursing; Advanced Pathophysiology: Stress & Disease, Chapter 9)

ye..aku tgh stress aku rase..sgt saket kepale..aku tak kisah sgt psl keje..aku suke keje aku..main web, main design, main flash photoshop illustrator..main2 joomla mambo jsas segala bagai..programming..melukis..menulis..

ye..aku stress..boleh tak kalo jgn asak kepale otak aku ngan pemikiran2 yang agak mencabar..sbb aku lagik ske rilek..aku tanak penin2 berpeloh2 memikir..

ye..aku penat..penat otak..sumer mcm sangat pack kehidupan aku..takde ruang..tiap2 ari tiap2 minggu until kenduri selamat aku akan bz..aku baru nk cari2 parttime, cari duit lebih..maybe kene pospon ke bulan mac..dan dimana agaknye duit2 rezeki kurniaan Allah perlu aku korek utk menampung hidop..dimana perlu aku gagahi mencari harta yang Allah sediakan utk aku supaye tercapai hasrat nk beli kamera,tuka anset,beli keta, baya sewa umah dan makan2..

ye..aku stress..stress lah jugak mampu membuatkan rambut2 aku keguguran, hilang tempat bergantung..membinasakan akar umbi bulu2 halus di kepala kecuali misai dan jambang yg bila dicukur ari isnin maka ari rabu sudah lebat kembali..

ye..aku penat..dan mungkin nk bercuti..bilakah..dimanakah..mampukah..

oh..

mungkin..

aku terlupa..

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: 'Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya-lah kami kembali.' Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk." (Al-Baqarah 2:155-157)


end.

Friday, February 13, 2009

oh_1


gambar ini bertajok oh_1

maseh.

Thursday, February 12, 2009

bila tiba waktu.



nih..ade sedikit gambar..pasal abg aku kawen..nanti ar..tgh mls nk edit gamba..uhuk2..

oh.

gamba neh aku tacap2 sket..adek aku amik shot nih..cam best aku edit2..

Tuesday, February 10, 2009

panas nye...bersambung

kalo dulu mase nk lik melake maybe bas SE akan menjadi salah satu pengangkutan utama aku..sbb takde bas lik melake mlm2..bas nih pon sbb trip die ke johor..so ade la masok melake..kalo agak2 aku mls nk balek malam aku naek siang2 trans..takpon kkkl..bas SE amat terkenal diseluruh pelosok malaysia disebabkan kemalangan ngeri yang membabitkan kematian di seluruh kawasan lebuhraya, jalan raya dan semua kawasan..dan setiap kali kemalangan ini pasti aku menelepon mak, menyatakan kebahayaan menaiki bas zaman skang nih apatah lagik menaiki motor..akan tetapi mak aku lebih mengerti akan niat aku hanye kerana menagih simpati membelikan aku sebijik kete utk kegunaan harian2..

dan aku selalunya gagal..

kembali kepada kenapa aku tak ske naik bas SE..sbb aku dah byk kes dah ngan bas nih..semalam sebaik saje aku menjejakkan kaki ke atas bas, secara tiba2 aku merasakan bahawa malaysia sangat bertuah mempunyai masyarakat pelbagai agama dan bangsa..selain daripada sekolah sebagai tempat penyatuan bangsa, dengan mendidik sejak kecil lagik akan hidup bermasyarakat, aku percaya pihak kerajaan turut menggunakan bas ekspress sebagai medium dalam menyatukan kaum dan bangsa..aku letak ar beg kat sebelah mamat kemboja..walopun kite sering didedahkan dalam berita tentang orang2 pekerja kemboja yang memakan kucing tikus dan pelbagai unggas lagik namun air mukenye seakan meminta belas simpati penduduk tempatan menerima kehadiran beliau..bas sangat penoh..sesak..gelap..kerana ramai penumpangnye adalah bekas2 pengunjung kuil sri mahariamman, kuil hindu kampung simee mahupon penduduk2 buntong semalam yang ingin pulang ke rantau orang..kat depan aku seorang aci memangku anak pompuannye pada rasa aku umor 5 tahun kot..anak nye mmg tanak berenggang ngan aci..sian aci tuh..diletak kat seat blkg, anaknye lari ke depan, diletak kat seat sebelah, anaknye lari jugak..takot..akhirnye ade seorang awek memberikann tempat duduknye kat aci tadik..barulah aci dan anaknye bleh duduk sebelah2 same2..awek tadi berpindah ke depan, menambahkan lagi kemajmukan seat depan tuh dengan disebelahnye sorang awek india, seat sebelah die sorg mamat cina tak ensem ngan sorg laki rambut megi tak ensem..aku rase sengaje jek awek bertudung ekin itu duduk kat seat depan, cuba menerbitkan rase cemburu kat aku..huh aku tak heran..aku tutop mate..tido..baru nak tido...pehh..hidung aku menagkap akan bau ini..yaa..amat tengik dan hampir membuat aku mati dalam bas..yaa..sapa itu...sapa yang bodo macam sepat kentot dalam bas nehhh.....

sedar2 dah sampai kat tempat makan bas2 KKKL dan SE dan persiaran kat keluar exit trolak tuh..aku turun bawah, layan okok sebatang dua, minum2, gi toilet..awek bertudung ekin itu ku lihat sedang membeli pau yang mahal..bodo ar kedai nih..dah la pekerja die bangla sumer..aku pon tapaham..agak2 lame aku termenung kat luar bas, aku pon masok dalam..panas..panass..kusangkakan panas hingga ke luar bas, tapi juga ke dalam bas..sumer orang dok mengipas2..sumer orang memberikan ruang pada ruang dada mereka utk dikipaskan..apasal air-cond osak??apasal??iskk..panasss..macam2 bau da kuar..aku benci betol kalo mende camni terjadik..sian kat awek bertudung ekin..dah la baju die lengan panjang..sengal ar SE nih..ko tlah membuatkan aku rase mcm nak sepak2 macha drebar bas tuh..dah la asik isap okok tak abis2..entah hape dibuat nye..sian awek bertudung ekin..berpeluh2 namun aku lihat masih mampu melayan lelaki berambut megi itu bersembang2..aku tahu awek bertudung ekin, aku tahu..ko cuba menjeleskan aku yek..akan tetapi kepanasan dalam bas masih membuatkan aku rase panas..panass...aku tgk mamat kemboja tu dah mengipas2..kat blkg aku mamat2 indon pon da mengipas..huh..tau la nk untung..tapi korang tak pikir ke kitorang byr rm25 naek bas ekspress..tgk bas sebelah nih, cantekk jek..korang tak pikir ke aci yang pangku anak dier tadik..dah la bersaiz lebar, macamane ar peloh die korang bayangkan ar..iskk..panas...

aku serik da nak naek bas SE neh..


panas nye..

salam

pagi nih gua ade cerita panas..mmg panas..sbb sumer orang panas..

mggu lepas, lepas raye cina,lepas abg aku kawen kat tganu, maka aku bertolak pulang ke shah alam dengan mencurik kereta abang gua..arakian abg gua pakai keta mak, gua sapu jek ar kete dier..gua dulik hape tiket balik s.alam tadek takkan gua nak ponteng kerja prektikel yang gua suke nih..suke ar sangat..segala desakan tekanan yang mampu membuatkan rambut aku semakin nipis mase prektikel nih..nasib baik ar boss gua dua2 tadek rambut walopun anak da sorang tapi masih mampu mengorat aweks2 terutama awek opis sebelah..menurut diorang name awek sebelah nih shiela..betol ke ejaan nye..pernah ke aku tulis pasal awek nih..shila apsp..opis sebelah nih agro-pilah-sdn -bhd...apsp..shila nih gelojoh sket..err..gopoh gapah...errr..bukan2..kelam kabot kot..err..contoh nye kalo die dari ujung A nak ke opis dier, kitorang kat ujung B nak ke opis, die akan gelabah kelam kabut jalan melebih2 kontrol macam ar nak sgt kitorang tgk cara die melangkah kaki..mule ar die gelabah sana sini..masok kunci pon tak kene sumer tak kene..kitorang layankan la mate kitorang melihat kegelabahan seorang awek membukak pintu opis yang sepatotnye 15 saat jadik 10 minit..boss2 botak gua nih mmg ske mengganggu gugat aweks2 begini..aku pon join je ar..

so setelah ditelepon 2 3 kali oleh mak aku bertanye "kereta elok ke tak?da kunci blom?" maka itu bermakna die suruh aku balik anta keta ar tuh sbb die nak pakai..diorang kan bdua jek..taktau nak naek ape nk gi pekan ke ipoh ke berdua2..sape suh gi berdua2an..iskk..ari sabtu tengahari dalam kul 1.30 selepas abg aku datang amik brg dlm keta dier, aku pon bergerak ar pulang ke parit tercinta..mungkin aku buleh singgah melihat2 jalan2 kat depan umah MB..aku nk tgk gak bendera mane yg bergantung atau siapa yang menghuni..bertolak kul 1.30 bermodalkan rm20 petrol shell yang aku isi kat seksyen 9, aku tiba di tol simpang pulai pada pukul tepat2 4.00 ptg setelah berehat 30minit di rnr tapah..aku teringin nk lyn hotdog tuh..tapi nnti ar..mggu2 lain aku nk try curik keta mak aku plak..hahahahhaha

cerita panas yg nk gua sampaikan nih berkenaan semalam selepas gua berjumpe brader tiket bas kat kaunter KKKL kat medan gopeng..

"bas da sampei blom bang?"

"blom..ko tggu depan nih.."

"bas hape?" gua tanye sbb tiket die kasik gua bukan tulis KKKL pon..

"S.E.."

gua da dapat meneka apa akan terjadi pada gua, baju gua, dan rambut gua selepas die mengungkapkan kata keramat itu..

Friday, February 06, 2009

jumaat : 6 februari 2009

salam..

huhu..ujan..ari ni ujan..lebat..berhempas pulas aku ngan semi nk gi keje tadi lepas jumaat..err..aaa..hempas pulas jugak la..akan tetapi seperti mana kejituan semangat aku terhadap berada di opis meluap-luap seperti itulah jugak natijahnye aku meredah hujan lebat bermula dengan garisan2 kuning di depan flet yang agak tebal dan bisa membuatkan bontot anda terhenjut2 seperti menunggang kuda padi,diikuti dengan kejadian hampir mencium bontot waja yang berhenti di depan sedangkan aku memandang cermin blkg mengintai motor2 yang ingin memotong di sebelah kiri,kemudian meredahi takungan2 air di jalan raya yang semakin meninggi sambil disirami air2 yang terpercik tersimbah hasil pecutan kereta2 besar disebelah...

sampai opis aku tgk bro ayus da siap pakai beg skolah dier..

"mane bang?"

"kelas ar.."

"apsal arini t-shirt..slalu ensem.." gua kasik ayat bodek..mungkin die dapat menyampaikan salam kasih syg gua pade awek2 student2 member die kat unisel tu ataupon setidak-tidaknye membelanje gua makan spageti kat uitm..

"malas.."

"spek da cantek bang..soda..tak ensem ar ari nih.." skali lagik gua kasik ayat bodek, mane la tau..untung2 die nak upkan elaun gua yang sekelumit cuma ini..

"takpe..aku dah terbukti.."

ok..baeklah..

tadik aku runner gi anta proposal kat JKNS..penin gak memule aku cari mane aku nak masok bangunan setinggi beberapa belas tingkat nih..mane aku nk parking..kalo ade org tggu kat luar takpe ar ataupon kalo diorang penah bawak aku gi JKNS takpe ar..tau la nk jupe sape..smpai2 jek parking, teros aku bergegas ke lift..sampai kat tgkat 10 mr issey tepon, ckp itu ini begitu begini...aku da gubra..gua da cemas..gua da penin2 sakit perot terase mcm nakk je gua gi toilet layan asap jap..akan tetapi berbekalkan sebuah proposal kepunyaan ArtChannel itu, memandangkan gua perlu menunjukkan bahawa aku adalah seorang pekerja yg rajin,bagus,kritis dan kreatif walaupon slalu diasak bertubi2 oleh boss2 gua yang agak boroi dan masing2 sudah berkahwin dan berkepala botak,aku gagahkan juge menguntum senyuman paling bahagia kepade awek kaunter pertanyaan itu..berkulit itam manis cuba berlagak tekun menulis2 di meja itu ibaratkan gua tak nampak yg tadi die tgh bergosip ngan makcik indon cleaner pasal marcell dan rima melati yg berkahwin tapi tak convert..aku pon pelik camne diorang dapat kelulusan kawin dari jabatan agama islam msia, ataupon pompuan tu dah konvert ke aku pon tatau..

"akum kak..sy nk jumpe boss unit IT skang jugak!" gua berkata berpura2 nak marah..

"takde la encik..unit IT keje luar ari nih.."

"ahh...masalah besar nih..sape nak setelkan nih..sy ade byk hal lain neh.."

"nape encik nk jumpe dier.."

"nih..nk mintak kasik kan proposal..saye dari ArtChannel." kata gua secara tiba2 mewakili opis gua..awek tu pandang gua paiseh..kalo die tahu gua budak prektikel kompem gua da kene tampo secara berturut..mesti die akan memperagakan slip gaji beliau bertitlekan kerajaan msia sbgai bukti beliau adalah pekerja tetap..

gua nk stori skit pasal pagi tadi..gua chatting2 ngan semi mase boss gua dua2 tak masok opis lagik..


hazimin hamdan (2/6/2009 12:10:33 PM): haha
hazimin hamdan (2/6/2009 12:10:38 PM): mane ko nk semayang jomaat>
hazimin hamdan (2/6/2009 12:10:40 PM): ?
semy_otai (2/6/2009 12:10:47 PM): entah..
semy_otai (2/6/2009 12:10:54 PM): mamat suh pi ttdi
semy_otai (2/6/2009 12:10:59 PM): bleh makan sana
semy_otai (2/6/2009 12:11:02 PM): hahha
hazimin hamdan (2/6/2009 12:11:14 PM): kite pegi seksyen 7 je la
hazimin hamdan (2/6/2009 12:11:16 PM):
semy_otai (2/6/2009 12:11:26 PM): umah ko ke masjid
semy_otai (2/6/2009 12:11:28 PM): hahah
hazimin hamdan (2/6/2009 12:11:31 PM): umah
hazimin hamdan (2/6/2009 12:11:33 PM): hahahahha
semy_otai (2/6/2009 12:11:35 PM): aku kuar 1230
hazimin hamdan (2/6/2009 12:11:42 PM): aku kul 1
hazimin hamdan (2/6/2009 12:11:46 PM): ko masok balik kul bape
semy_otai (2/6/2009 12:11:52 PM): 230
semy_otai (2/6/2009 12:12:13 PM): lambat sket xpe
semy_otai (2/6/2009 12:12:14 PM): hahah
hazimin hamdan (2/6/2009 12:13:25 PM): cets
hazimin hamdan (2/6/2009 12:13:32 PM): mamat nk blanje makan ke
semy_otai (2/6/2009 12:13:40 PM): takdenye
semy_otai (2/6/2009 12:13:46 PM): dia pon ngah kokak
semy_otai (2/6/2009 12:13:59 PM): tp kuat makn gemuk tuh
hazimin hamdan (2/6/2009 12:16:29 PM): apsal kokak
hazimin hamdan (2/6/2009 12:16:35 PM): kokak tu bukan ke geget
hazimin hamdan (2/6/2009 12:16:48 PM): cth ayat
hazimin hamdan (2/6/2009 12:17:01 PM): kuat ko sampai batu pon boleh kokak
hazimin hamdan (2/6/2009 12:17:02 PM): haa
semy_otai (2/6/2009 12:17:40 PM): tu kekak..
semy_otai (2/6/2009 12:17:40 PM): atau kukil
semy_otai (2/6/2009 12:17:48 PM): kokak ni cam rosak
semy_otai (2/6/2009 12:17:51 PM): lunyai
semy_otai (2/6/2009 12:17:53 PM): ahahaah
semy_otai (2/6/2009 12:18:15 PM): kereta kokak= kereta tg buruk n kemek2x
hazimin hamdan (2/6/2009 12:19:04 PM): maka
hazimin hamdan (2/6/2009 12:19:13 PM): ko takleh dok parit
hazimin hamdan (2/6/2009 12:19:29 PM): kalo ko cakap kuih batang burok
hazimin hamdan (2/6/2009 12:19:32 PM): batang kokak
hazimin hamdan (2/6/2009 12:19:45 PM): lain benor kalo org parit dgr
semy_otai (2/6/2009 12:19:54 PM): hahahh
semy_otai (2/6/2009 12:19:57 PM): tau takpe
semy_otai (2/6/2009 12:20:11 PM): tp kueh tu aku panggail btg burok la
hazimin hamdan (2/6/2009 12:20:17 PM): mmg la
hazimin hamdan (2/6/2009 12:20:22 PM): contoh aje
semy_otai (2/6/2009 12:20:23 PM): takde la aku panggil btg kokak
hazimin hamdan (2/6/2009 12:20:30 PM): burok gile bunyi
hazimin hamdan (2/6/2009 12:20:33 PM): lucah sungguh
hazimin hamdan (2/6/2009 12:21:17 PM): soalan aku maseh tak terjawab
hazimin hamdan (2/6/2009 12:21:24 PM): ko nk semayang jumaat ke tak
hazimin hamdan (2/6/2009 12:21:26 PM):
semy_otai (2/6/2009 12:21:51 PM): aku sebagai kwn baik ropie nak pi
semy_otai (2/6/2009 12:22:12 PM): tapai kalo ade kwn cam ko...pi bleh xpi pon bleh
semy_otai (2/6/2009 12:22:14 PM): hahha


masalahkan kalo bahasa2 daerah loghat digaul macam rojak buah kak kiah atau cendol pulot kacang depan kamdar atau ABC gerai ah seng kat TKK..mcm2 masalah leh timbul..

Wednesday, February 04, 2009

salam..

cerita aku berkisar ttg suasana politik perak yang tak menentu skang nih..bukan bermaksud aku nk memperjuangkan ape2 cuma kekonsenan aku turut berbuah bile aku org parit dan mak bapak aku ade kat parit, dan penting skalik kat parit dan bota tadapat dipisahkan walopun lee machan duduk kat bote kiri tapi atok die dok kat parit..and die slalu dtg melepak kat parit..apalah sangat fahaman politik jika dibanding dengan keseksaan batin rakyat..tolong ar sape2 korang nak..

eh..untuk raihana rashid..aku dah tukau font besau..ade suke??huhuhhu..

Lompat - Melompat by Che Det

salam..

umum ketahui tentang perlompatan oleh adun2 di perak, kehilangan, dan 2 pembongkaran besar di perak iaitu pertama tentang pertuduhan bahawa penglibatan najib(bakal pm msia) dalam percubaan membeli adun2 PR oleh Ketua bahagian PKR Ipoh Barat, Fauzi Muda dan kedua tentang surat tidak bertarikh yang ditandatangani oleh adun2 pr selepas diorang menang PRU mac 2008..

selepas membelek2 forum dan internet..maka ada sedikit tulisan diambil dari tulisan che det, bekas PM msia ke-4...

diambil dari sini


LOMPAT MELOMPAT
By
Dr. Mahathir Mohamad
on February 4, 2009 1:28 PM | Permalink | Comments (0) | TrackBacks (0)
1. Saya kembali ke tanahair dari Djibouti dan mendengar berkenaan Ahli Yang Berhormat UMNO Perak keluar parti dan masuk Keadilan (PKR).

2. Kemudian saya dengar pula dua orang ahli PKR hilang. Bila mereka dijumpai cerita yang didengar ialah mereka sudah keluar daripada PKR.

3. Dan banyaklah berita angin berkenaan ahli-ahli Yang Berhormat yang akan lompat dari parti ke parti.

4. Dahulu UMNO dan Barisan Nasional telah cuba sekat kejadian lompat melompat dengan mensyaratkan tiap calon tandatangan surat letak jawatan sebagai ahli Yang Berhormat tanpa tarikh. Kononnya jika setelah jadi ahli Yang Berhormat mereka ingin lompat masuk parti lain maka surat letak jawatan yang telah di tanda tangani oleh mereka akan dihantar kepada Speaker (Tuan Yang di Pertua Dewan) dan dengan itu akan terlucutlan anugerah Yang Berhormat mereka.

5. Malangnya perbuatan ini didapati tidak sah daripada segi undang-undang. Jika mereka ingin keluar daripada parti maka mereka sendiri perlu keluarkan surat yang diperbuat oleh mereka dan ditandatangani oleh mereka pada ketika itu untuk disampaikan kepada Tuan Speaker.

6. Saya percaya surat yang diperbuat oleh mereka tanpa tarikh dahulu akan ditolak oleh Tuan Speaker. Oleh itu mereka akan kekal sebagai Ahli Dewan walaupun mereka lompat ke parti lain atau mereka akan jadi ahli bebas.

7. Presiden UMNO berkata UMNO sedia untuk menerima siapa sahaja untuk menjadi ahli. Ini memanglah dasar parti. Tetapi kedua-dua ahli yang ingin keluar dari PKR ini mempunyai masalah. Mereka dituduh terlibat dengan rasuah seks.

8. Apakah UMNO begitu terdesak sehingga tidak dapat tunggu keputusan mahkamah berkenaan tuduhan terhadap mereka sebelum menerima mereka? Jika diterima sekarang dan kemudian mereka didapati tidak bersalah maka Kerajaan pimpinan UMNO (lebih kurang) akan dituduh mempengaruhi mahkamah. Benar tidak benar bukan soalnya. Pada pandangan masyarakat tuduhan ini tetap akan dipercayai. Ia akan punyai kesan dalam PRU13.

9. UMNO sudah dianggap bergelumang dengan rasuah, selalu mungkir janji, mengutamakan kroni Perdana Menteri di Terengganu. Jika kepada semua ini ditambah pula dengan penerimaan orang yang dituduh melakukan rasuah seks, imej UMNO akan jadi lebih buruk.

10. Dato Abdullah Presiden UMNO, fikir dahulu sebelum beria-ia nak terima orang yang seperti ini.