Tuesday, February 24, 2009

beting beras basah?

aku rase ramai yg tak tau pasal beting beras basah...or aku sorg je ke tatau?huhuhu..aku tau pon si padi cerita..tah camne tah die dgr org2 tua sembang kot..

ade sikit cerita hasil aku google..

cerita 1.

Sejarah Kesultanan Perak bermula pada awal abad ke 15 iaitu pada tahun 1528 dimana Sultan Perak yang pertama, Paduka Seri Sultan Muzzaffar Shah I telah ditabalkan di Beting Beras Basah, di kuala Sungai Perak berhampiran pekan Bagan Datoh. Sebelumnya, dua pembesar Perak iaitu Tun Saban dan Nakhoda Kassim telah menghadap Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka yang bersemayam di Kampar untuk memperkenankan seorang puteranya untuk dijadikan Sultan Perak. Baginda telah memperkenan permintaan tersebut dan mengarahkan putera keduanya iaitu Raja Muzaffar Shah ke Perak.

Sewaktu Bahtera baginda menghampiri di kuala Sungai Perak dan sampai ke kawasan Beting Beras Basah, bahtera baginda telah dipukul ombak yang besar dan terdampar secara tiba-tiba diatas satu beting ditengah lautan tersebut. Baginda telah mengarahkan supaya dibuangkan ke laut barang-barang yang berat, namun laut tetap bergelora. Lalu baginda pun berseru :

"Sekongkong Tanah Minangkabau
Selilit Pulau Perca
Di lengkong ular Saktimuna
Perpisahan Beta di selat Melaka
Jika Sah Beta Raja berdaulat
Lepaslah sekalian malapetaka"

Antara Alat Kebesaran Negeri Perak yang dibawa bersama-sama Sultan Muzaffar Shah I dari Negeri Melaka

Sultan Muzzaffar lantas mengambil mahkota baginda dan buangkannya kedalam laut. Secara tiba-tiba laut yang bergelora itu tenang kembali seperti biasa. Bahtera baginda dapar belayar semula seperti sediakala.

Serentak dengan itu, Tun Saban dan pengikutnya melaungkan "DAULAT TUANKU" dan baginda Sultan Muzzaffar Shah pun ditabalkan sebagai Sultan Perak yang pertama di Beting Beras Basah.

Disebabkan peristiwa tersebut, baginda telah mengambil keputusan untuk mendarat di Beting Beras Basah dan di
tabalkan sebelum meneruskan pelayaran baginda.

cerita 2.

TABAL JIN adalah merupakan suatu istiadat turun temurun bagi Salahsilah Kesultanan Perak. Cuma di Negeri Perak ini sahaja yang ada istiadat TABAL JIN didalam Tanah Melayu ini. Negeri Perak merupakan salah satu negeri yang tertua dirantau ini dan Sultan yang memerintah biasanya didampingi oleh JIN-JIN Islam. Disini lah kita akan melihat kedaulatan seseorang Sultan itu dimana baginda akan di NOBATKAN dahulu sewaktu hari pertabalan baginda. Istiadat Tabal Jin ini biasanya dilakukan pada sebelah senja/malam dan diterangi hanya oleh dian (lilin) sahaja.

Istiadat TABAL JIN dimulakan dengan paluan NOBAT DIRAJA pada sabelah senja sehari selepas Istiadat TABAL ADAT disempurnakan. Istiadat ini dilakukan pada waktu malam.

Selepas Jejawat Berlembing dan Jejawat Berpayung Ubur serta Jejawat Perempuan, memegang kaki dian dan Bentara Perempuan membawa Perkakas Istiadat Merenjis mengambil tempat masing-masing didalam Balairong Seri didahului oleh Panglima Dalam dan diapit oleh Panglima Perang Kanan dan Panglima Perang Kiri, dan dibelakang nya Pawang DiRaja menatang akan PEDANG CURA SIMANJA KINI, bersama Toh Seri Nara DiRaja menatang PONTOH BERNAGA dan PONTOH ULAR LIDI diatas talam berlapikkan kain kuning dan diikuti olih Sida-Sida. Biduanda-Biduanda menatang PERKAKAS KERAJAN masuk ke Balairong Seri dan diletakkan kesemua diatas meja yang disediakan di iringi dengan paluan NOBAT.

Selepas itu Pawang DiRaja dengan menatang PEDANG CURA SIMANJA KINI dan Toh Seri Nara DiRaja menatang PONTOH BERNAGA dan PONTOH ULAR LIDI keluar dari Balairong Seri didahului oleh Panglima-Panglima masuk ke Kamar Persenangan lalu mempersembahkan kepada Kebawah Duli Paduka Seri Sultan. Baginda kemudian diiringi berangkat ke Balairong Seri dengan iringan paluan NOBAT 'Raja Berangkat'.

Apabila sampai di Singgahsana, Baginda Sultan akan bersemayam diatas 'Chior Keemasan' yang disediakan dihadapan Singgahsana. Kemudian Pawang DiRaja mengadap dan mempersembahkan PEDANG CURA SIMANJA KINI kepada Baginda Sultan yang akan meriba Pedang tersebut. Selepas itu PERKAKAS KERAJAN dibawa mengadap oleh Sida-Sida dan Biduanda-Biduanda kehadapan Baginda Sultan. Kemudian dikuti pula oleh Bentara Toh Ratna Senari dan Bentara Toh Ratna Wati masuk mengadap membawa PERKAKAS ISTIADAT MERENJIS dan dikuti pula oleh Toh Setia Guna (Ketua Nobat) bersama Ahli-Ahli Nobat DiRaja masuk ke Balairong Seri memohon limpah perkenan Baginda untuk meletak PERKAKAS NOBAT DIRAJA ditempat yang telah disediakan. Kemudian 'Istiadat Memulih' PERKAKAS KERAJAN dan PERKAKAS NOBAT DIRAJA dijalankan dan juga 'Merenjis Tepung Tawar'. Satelah selesai bacaan Doa Selamat disempurnakan oleh Sahibul Mufti Kerajaan Negeri Perak.

Satelah selesai upacara 'Memulih Perkakas Kerajan dan Merenjis Tepung Tawar', diikuti pula dengan 'Istiadat Bersiram Tabal' (Mandi Sampat) dimulakan di PANCA PERSADA. Baginda Sultan dan isteri akan berangkat dari Pintu Besar Istana. Pawang DiRaja memulakan 'Istiadat Mengelilingi Balai Panca Persada' sebanyak tujuh kali dan dibantu oleh Bomoh dan Pawang Tempatan dan Bentara-Bentara yang membawa 'Perkakas Merenjis'. Sepanjang keberangkatan Baginda NOBAT dipalu sehingga Baginda bersemayam diatas 'Perterakna Seri Panca Persada'.
Semua Putera dan Puteri baginda akan mengambil tempat di belakang Perterakna serta diringi oleh Y.Bhg.Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar DiRaja, Y.Bhg. Orang Kaya-Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar DiRaja dan Y.Bhg.Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan. Istiadat 'Merenjis Tepung Tawar' disempurnakan diikuti dengan bacaan Doa Selamat oleh Sahibul Samahan Mufti Kerajaan Negeri Perak.

Selepas itu 'Upacara Bersiram Tabal' (Mandi Sampat) pula dimulakan oleh Pawang DiRaja sendiri dari awal hingga akhir keatas Perkakas Istiadat Bersiram Tabal. Kain putih direntangkan dan daun nyiur muda bentuk jari lipan ditaruhkan keatas kain putih yang diregang dan dipegang oleh Toh-Toh Puan ditiap-tiap penjuru. Istiadat Bersiram Tabal dimulakan dengan mengambil sebatil GELUK berisi Air Datu dan dicurahkan keatas kain putih sehingga habis Enam Belas Batil GELUK yang berisi air. NOBAT dipalukan sepanjang Istiadat Bersiram Tabal. Satelah selesai Istiadat Bersiram Tabal, Baginda berdua akan menyalin pakaian dan berangkat turun dari Seri Panca Persada berselimut dengan 'Kain Benang Emas Kekuningan', dan diarak balik ke ISTANA.

Satelah menukar kepada Pakaian Kebesaran DiRaja, DYMM Paduka Seri Sultan Perak akan berangkat masuk ke BALAIRONG SERI (NOBAT dipalu) dan bersemayam diatas PETERAKNA SINGGAHSANA. Pawang DiRaja melulakan 'Istiadat Merenjis Air Panca Bicara' keatas PERKAKAS KERAJAN yang sedia ada terletak diatas meja dihadapan Singgahsana, 'Merenjis Tepung Tawar' ketasa Baginda Sultan dan diikuti dengan meletakkan 'BUNGA PENCAWA PENCARA' ditelinga Baginda

Pada waktu istiadat ini NOBAT DIRAJA akan memainkan lagu diantara empat hingga sembilan lagu. Toh Setia Guna (Ketua Nobat) akan memerhatikan gerak geri Paduka Seri Sultan ketika paluan NOBAT dipalukan. Dari sini, kedaulatan seseorang Sultan itu akan dapat diketahui. Mengikut adat, sekiranya Baginda dapat bertahan lama diatas Singgahsana (iaitu dapat bertahan sehingga tujuh lagu keatas dipalukan oleh NOBAT) ini menunjukkan pertabalan Baginda telah direstui oleh JIN-JIN KERAJAN dan Baginda akan memerintah Negeri Perak ini lama atau pun panjang umur. Akan tetapi sekiranya Baginda hanya dapat bertahan empat atau lima lagu sahaja...petandanya umur Baginda mungkin pendek. Toh Setia Guna akan memberi isyarat kepada Ahli Nobat supaya memberhentikan paluan NOBAT apabila melihat Baginda Sultan dalam keadaan 'resah gelisah' diatas Peterakna Singgahsana.

Sewaktu NOBAT dipalukan, PEDANG CURA SIMANJA KINI akan 'bergerak-gerak' dengan sendirinya (dimana seakan-akan hendak keluar dari sarungnya). Ini menunjukkan JIN KERAJAN berserta dalam ISTIADAT TABAL JIN ini dan merestui pertabalan Baginda. Istiadat TABAL JIN selamat disempurnakan selepas upacara 'SANTAPAN NASI BERASTANOKA' dijalankan dengan bacaan doa selamat.

(Peringatan : Ada pun upacara 'Istiadat Tabal Jin' ini hendaklah disempurnakan mengikut Adat Istiadat Pertabalan yang asalnya....ia itu mengikut cara yang dilakukan dari turun temurun tanpa menukarkan ciri-ciri adat yang asal.... barulah sempurna dan dapat di ketahui sama ada direstui oleh JIN KERAJAN Perak yang akan mendampingi Baginda. Kalau tidak Istiadat Upacara tersebut hanya lah merupakan suatu Istiadat Biasa sahaja.... tiada berkerajan..

ade ramai berkata..cerita2 tentang jin, kerajaan daulat dan sebagainya cuma sekadar utk menaikkan martabat seseorang, dlm kisah ini adalah raja or sultan..

cuma aku rase..tak salah..sbb diorang adalah raja..dan mmg perlu dinaikkan martabat selaku seseorang yang berkemampuan tinggi..dan dari dulu lagik mmg raja yg berkuasa..same gak mcm si tanggang, mungkin kite leh berfikir yang sebenarnye mengajak kite supaya tak menderhaka pada mak korang..atau cerita hang tuah dan jebat, masing2 ada fikiran dan bertekak menegakkan sape yg betol dan sape yang salah, tuah yang setia pada sultan?atau jebat yang pentingkan setiakawan?atau bendahara yang menderhaka kerana tak bunuh tuah?atau sultan yang terburu2?atau menteri2 yang mulot longkang?

tentang beting beras basah, aku terbaca tentang peristiwa dimana waktu pertabalan sultan azlan shah, beting itu dikatakan tidak timbul kerana darah raja yang mengalir dalam tubuh baginda sultan tidak begitu kuat rajanya berbanding ketika pertabalan sultan idris..

mitos, lagenda, sejarah semua tertulis dan ditulis supaya masyarakat lebih menghormati antara satu sama lain.

uhh...

ngantok..nk sambung stadi sejarah neh..

11 comments:

Anonymous said...

wahh..ngantuknyer nk bce..citer pasal sejarah2..bley tlena da..

Ryehanna said...

best la entry ni!
aku suka cos aku xtau dan penah dgr ckit2 je bab jin tu..

mak ckp permaisuri bainon xleh tdo kat istana kuala cos xtahan daulat. kena kaco ngan jin. hehe.. mak aku ler ckp.. mane dpt citer tah.. :P

ViNN said...

padi la neh..

die asik cite bende nih kat aku..hahaha

Ryehanna said...

baguih tol padi ek.. suke citer cenggini...

Anonymous said...

Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes

Dama-Ulan said...

Salam,

Lepas nie ko cari cerite Keramat Ngah Impol plak... klu kat dlm Istana Johor nama dia Org Tua Perak..

Baru ko paham sejarah negeri Perak..

Bella Boo said...

Salam. Just nak tahu, kenapa anda berminat ingin mengetahui sejarah Al Marhom Ngah impol ye????

Bella Boo said...

Salam. Just nak tahu, kenapa anda berminat ingin mengetahui sejarah Al Marhom Ngah impol ye????

Please send me email;-
ziela_la@hotmail.com

tq so so much!

Bella Boo said...

Salam. Just nak tahu, kenapa anda berminat ingin mengetahui sejarah Al Marhom Ngah impol ye????

Anonymous said...

Tolong hubungi saya mengenai Marhum Ngah Impol.
Atau nyatakan sesiapa yg boleh saya hubungi utk info Ngah Impol.
asyrafulmunzir@gmail.com

Ahmad Faizal Muhamad Zabari said...
This comment has been removed by the author.