Monday, June 01, 2009

30 Mei, 2009

Lobi Hotel Akan Dicadang Zon Larangan Merokok

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Setelah mewartakan 20 kawasan sebagai zon larangan merokok, Kementerian Kesihatan hari ini bercadang memperluaskan larangan itu ke dua lagi kawasan iaitu lobi hotel dan ruang pejabat yang berhawa dingin secara berpusat.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata cadangan itu selaras dengan perhatian serius kerajaan terhadap kesihatan warga kerja, terutama pekerja wanita dan pekerja yang tidak merokok.

"Mereka perlu dilindungi daripada asap rokok basi di tempat kerja. Justeru, tempat kerja tertutup juga akan dijadikan kawasan larangan merokok," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2009 peringkat kebangsaan di Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) di sini hari ini.

Zon larangan merokok kini dikuatkuasa di pusat hiburan, hospital atau klinik, lif awam, kenderaan awam, tempat makan berhawa dingin, bangunan pejabat Island dan Peninsular Kuala Lumpur, bangunan Menara Esso Kuala Lumpur, lapangan terbang (kecuali kawasan yang dikhaskan), premis kerajaan, dewan dan institusi pendidikan tinggi.

Turut menjadi kawasan larangan merokok ialah tadika, taman asuhan kanak-kanak, hentian pengangkutan awam, sekolah, kaunter perkhidmatan bank dan institusi kewangan, Telekom Malaysia Berhad, Tenaga Nasional Bhd dan Pos Malaysia Bhd, kompleks membeli belah, kompleks sukan, stadium dan stesen minyak.

Sementara itu Liow berkata hasil Tinjauan Kesihatan dan Mobiditi Ketiga 2006, prevalen merokok di negara ini secara keseluruhan ialah 21.5 peratus, merangkumi 2.73 juta orang dewasa.

"Sejumlah mereka ini menghisap sebanyak 33 juta batang rokok sehari dan membelanjakan sejumlah RM8.6 juta sehari," katanya.

Liow berkata sejak akhir tahun lepas, kementerian telah mempromosikan 'Amaran Kesihatan Bergambar' melalui media cetak dan elektronik dan akan memperhebatkan lagi promosi itu mulai minggu depan hingga September ini.

Sejak akhir tahun lepas juga, rakyat Malaysia mula melihat kotak dan bungkusan rokok yang mempamerkan amaran bergambar pada rak-rak jualan rokok di seluruh negara.

"Daripada tinjauan yang dijalankan, maklumbalas yang diterima menunjukkan gambar beramaran ini memberi kesan kepada perokok dan bukan perokok.

"Saya mengharapkan di akhir kempen media nanti, sesuatu maklumat yang amat berguna akan kita peroleh daripada kumpulan sasar. Setiap maklumbalas akan dinilai dan dihalusi bagi membolehkan kita membuat perancangan dan strategi seterusnya," katanya.

Sementara itu, sepanjang tahun lepas 4,500 orang disaman kerana merokok di kawasan larangan merokok dan dikenakan saman antara RM3,000 hingga RM5,000.

-- BERNAMA

ye..ini berita yg tlah keluar smlm..

lobi hotel secara amnye adalah tempat melepak sebelom naek hotel pada dasarnye..nape korg nk gi otel2 nih?ngan sape?iskk2..

masalahnye..korang tak kesian ke ngan perokok2 tegar contohnye macam si padi tuh?mesti la die nak isap okok..die da lah lemah matematik..kasik la can smokers nak hidop bebas..daripade sumer tempat nk diwartakan no smoking, baek la lagik korang stopkan impot okok or tutop kilang2 rokok..nih tak tegas pong..apakah nanti ade dato'2 or menteri2 yg smoking akan naek angin?atau ade pakcik2 menteri yg saham besa dlm kilang rokok?atau kotak rokok pasni akan tukar drpd gamba baby mati kepade list2 tempat yg diharamkan mensmoke?kenape rokok yg disalahkan kalo hari tak ujan?kenape rokok disalahkan kalo bau asap?ehh..asap shisha lagik byk la berkepol2...korang haramkan je bende2 berasap kan senang..

eh lagipon aku rase smokers la org2 paling prihatin kalo nk smoking...cam arituh, kat tgh2 konset..kalo tgh2 ramai, ade baby ke budak kecik ke, aku padam..buang..kalo ade org tua batok2, aku padam..kalo ade pakcik2 bertongkat dtg sambil tutup idung, aku suh die balek umah..dah tua2 nk tgk stacy berjoget apasal?

kepade menteri..sila tutup kilang rokok teros..tadek korang menyusahkan smokers, nyusakan diri..susahkan smokers sbb nk kene cari tempat yg bleh smoking..susahkan diri sbb nk kene wat list la ape la..eh apsal tadek rokok halal?beer halal korang bagi masok..dah la packing sebijik same..dlm gamba kat paper tu air siap ade buih2 ala2 mabok..aku tatau la, org laen la cakap..mane la aku tau camne rupe nye..

0 comments: